santai bersama

Sunday, November 3, 2019

Adat berlenggang perut

Masuk ke alam berkeluarga,makin banyak perkara yang perlu dihadapi.Mana nak dengar pendapat keluarga sendiri,mana nak dengar pendapat keluarga sebelah isteri.....kalut dibuatnya...apa pun semuanya hendaklah diperhalusi supaya tiada pihak yang terasa atau terguris hatinya.Adat berlenggang perut sebenarnya tidak asing dalam adat melayu.Adat berlenggang perut itu sebenarnya cara lama atau pun cara yang diguna pakai oleh para bomoh atau pun bidan kampung untuk menentukan jenis kelamin anak,kedudukan anak dalam perut sama ada sesuai untuk keluar atau tak...beras,kelapa,telur...itu semua alat atau pun indikator untuk scan baby dalam perut si ibu....da macam juru xray pulak bidan ni..tapi itu mungkin cara dahulu kala.Sekarang kita sudah moden,mesin scanner sdh ada,doktor pakar dan sebagainya.Tapi masih lagi orang moden ni terperangkap dalam adat ni.Siapa lagi power,doktor dan peralatan canggih atau dukun@bomoh??ini persoalannya...lagi satu,bagi kita yang beragama islam....agama lagi utama atau adat...adat selagi tak berlanggaran dengan hukum agama,ianya masih boleh diguna pakai...tapi kalau adat itu dijalankan secara ritual,rasanya itu sudah berlanggaran degan agama dan haram hukumnya maka dosa imbalannya.....cuba kita fikir sejenak agama dan adat....islam tak menghalalkan cara...institusi agama sudah memfatwakan amalan atau adat berlenggang perut ni sebagai haram....di mana dalam acara atau perlaksanaan adat itu terdapat unsur ritual...ritual sudah pasti berharap dengan benda lain selain Allah,itu sudah syirik namanya.Kemudian tidak patuh kepada rukun iman yang ke6 iaitu percaya kepada qada dan qadar.Tidak kah itu sudah cukup untuk mengatakan amalan berlenggang perut itu haram hukumnya.Allah sudah mensyariatkan hukum islam yang mudah untuk kita,mengapa perlu kita sulitkan lagi urusan hidup kita??atau orang kita memang sengaja cari susah??SOP dari Allah itu lagi smooth berbanding logik akal kita.
Cuma apa yang perlu kita perhalusi itu adalah,bagaimana caranya kita berdakwah atau memperjelaskan kepada sama ada keluarga sendiri atau pun keluarga sebelah perempuan agar sama-sama mendapat ilmu dan sekali gus mengubah hidup kita kepada islam sebenar dan mengikis secara perlahan adat-adat yang tidak patut.Jangan bersikap pak turut,kaji dulu kemudian perjelaskan lagi....Setakat ini perkongsian saya malam ni...insyaallah jika kita permudahkan urusan orang lain,Allah akan permudahkan lagi urusan kita sama ada di dunia mahupun akhirat.Mudah-mudahan Allah jaga kita dan zuriat kita....amiinn...insyaallah..
#islam tanpa adat,islam tetap utuh
#adat tanpa islam,hidup pincang
Assalammualaikum...

No comments:

Post a Comment