- Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِذَا قُلْتَ لِصَاحِبِكَ يَوْمَ الجُمُعَةِ: أَنْصِتْ، وَالإِمَامُ يَخْطُبُ، فَقَدْ لَغَوْتَ
Maksudnya: “Jika kamu berkata kepada sahabatmu pada hari Jumaat: Diam dan ketika itu imam sedang berkhutbah, maka sesungguhnya kamu telah lagha (melakukan perkara yang sia-sia)”. [Riwayat al-Bukhari (934)]
وَمَنْ مَسَّ الْحَصَى فَقَدْ لَغَا
Maksudnya: “Barangsiapa yang memegang (bermain) batu maka sesungguhnya dia telah lagha”. [Riwayat Muslim (857)]
Makna lagha adalah perbuatan atau percakapan yang sia-sia atau tidak ada faedah.
Imam Ibn Rejab al-Hanbali mengatakan bahawa di dalam hadith ini, Nabi SAW telah memberitahu kepada kita bahawa memerintahkan kepada seseorang agar diam ketika khutbah adalah perkara yang lagha (sia-sia) walaupun hal itu termasuk di dalam menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Untuk itu, hadith ini menunjukkan bahawa setiap perkataan yang menyibukkan seseorang itu daripada mendengar atau diam ketika khutbah termasuk dalam hukum yang sia-sia.Apatah lagi melepak sambil bercerita di tempat wuduk.Adapun diminta orang yang bercakap ketika khutbah untuk diam adalah dengan mengisyratkan sahaja. Para ulama’ tidak berkhilaf dalam hukum dibolehkan memberi isyarat kerana di dalam solat dibolehkan maka ketika khutbah juga dibolehkan dan ia adalah lebih utama untuk dibolehkan (kerana solat merupakan perkara yang lebih besar berbanding khutbah).Berkaitan dengan saf pulak,imam berikan panduan"saf yg lurus itu janganlah di tengok dari hujung jari kerana hujung jari tidak sama,ada yg panjang ada yg pendek.Maka dilihatlah dr tumit,kerana tumit kita semuanya sama".Nasihat yg simple tp mudah kita fahami utk mengikuti apa yg benar.Semua ini sekadar perkongsian kita bersama agar dpt meluruskan lagi hati kita dan iman kita ke arah Allah.Insyaallah kita permudahkan urusan orang lain,Allah juga akan permudahkan urusan kita.